Description
Selepas kematian Rayyan, Adam cuba menguatkan semangatnya semula. Kini selepas 8 tahun, dia berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris dan Muzik di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Dia juga kini mempunyai sebuah band sendiri iaitu Voice of Love. Rakan bandnya sendiri iaitu Lana jatuh cinta kepadanya dalam diam walaupun mengetahui isi hati Adam. Di sekolahnya, Cikgu Dewi Rini Mariana turut menaruh perasaannya kepada Adam dalam senyap. Tapi hati Adam hanya tertarik kepada seorang anak muridnya yang juga adik Dewi iaitu Dewa Rezza Muazzin. Muncul pula seorang peminat Adam iaitu Aiman Nurayyan yang mempunyai rupa paras sebiji geman macam Rayyan. Hati Adam juga cuba menolak kemungkinan dia sukakan remaja itu. Dia pernah terluka. Dia pernah kecewa. Adakah kini gilirannya meluka dan mengecewakan? Hanya dentingan piano yang boleh menjawab semua itu...