Description
Sinopsis Aliff Zaqwan- si pencinta setia yang sering kecundang dalam percintaan dek kerana percaturan takdir buatnya. Kegagalannya dalam percintaan membuatkan dirinya takut untuk jatuh cinta. Namun hatinya masih belum tertutup untuk bercinta. Masihkah ada cinta buatnya? Nur Fatihah- si gadis ceria dan manja. Hatinya masih suci daripada kedukaan cinta. Tidak mengenal apa itu cinta. Bukannya tak sudi namun masih belum berjumpa satria hati. Mampukah cinta bertapak di hatinya? Pertemua dua hati. Dua jiwa yang tidak mengenal antara satu sama lain. Pertemuan pertama mencetuskan pertengkaran kecil. Setiap pertemuan di hiasi dengan pergaduhan. Bibit cinta mula bertapak di hati tanpa di sedari. Dikala cinta mewangi ujian melanda bagi menguatkan cinta. Pabila bibir mengucap sayang Aliff Zaqwan menjadi dingin sehingga Nur Fatihah bingung. Mampukah cinta mereka bertahan? Sekukuh manakah cinta antara Aliff Zaqwan dan Nur Fatihah? Masih adakah sinaran bahagia buat mereka?