Description
Syira merupakan seorang gadis buta yang dibesarkan oleh abangnya. Semenjak kematian kedua ibu bapanya Syira menjadi seorang yang sangat pendiam dan sering menyendiri. Kehadiran Lee Shin seorang remaja lelaki yang baru berpindah di sebelah rumahnya telah mengubah jalan hidup Syira yang sentiasa gelap ke arah kegembiraan. Lee Shin pula seorang remaja yang sering menjadi perhatian di kampungnya sebelum berpindah ke kawasan perumahan tersebut. Walaupun dia sering menjadi perhatian, tetapi perkara itu tidak menjadikan dia seorang yang bangga diri, malah dia berasa sangat rimas dengan perhatian yang diberi dan sering membawa diri jauh dari orang- orang tersebut.. Pada Lee Shin orang lain hanya melihatnya dari luaran sahaja, tetapi dalaman mereka tidak tahu dan tidak pernah kenal akan Lee Shin yang sebenar. Pengenalannya dengan Syira telah membuka satu ruang di hati Lee Shin untuk mengenali gadis buta itu. Apakah akan timbul bibit-bibit percintaan antara mereka dan adakah Syira mengenali Lee Shin setelah dia dapat melihat semula?