Description
BLURB Balada hati melukis rasa Kamu dan aku yang saling cinta Jauh terpendam di lubuk jiwa Tak pernah terungkap dengan bicara MEREKA, dua jiwa dan dua hati. Dua insan yang terperangkap dalam zon persahabatan. Diam-diam menyimpan hati. Lantaran janji yang telah dilafaz, jadi sahabat buat selamanya. Antara mereka, terlalu banyak memendam rasa. Salah faham selalu terjadi akibat andaian yang dibuat sendiri. Adrina tak nak mengalah, Dayn pula benci kalah. Jika dah begitu siapa yang akan menang? "Mana mungkin selimut tetangga hangati tubuhku... Malam-malam panjang." Dayn bernyanyi riang. "Kau boleh diam tak?" Adrina angkat sudipnya tinggi. Dayn terkekeh. "Abanglah, sayang..." Adrina menjegil. "Mimpilah kau nak aku panggil kau abang! Tak ingin!" Dayn tertawa. Seronok mengusik Adrina. Lebih seronok melihat pipi Adrina merona kerana dirinya. Bahagia, namun sukar nak diluahkan. Hadirnya Tihani dan Ashraf menguji cinta mereka. Ashraf yang selalu ada, Tihani yang selalu sabar, membuatkan mereka jadi serba salah. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. "Boleh tak you jauhkan diri dari Dayn?" - Tihani "Abang ikhlas nak peristerikan Rin." - Ashraf. Antara Tihani dan Adrina, siapa yang Dayn cintai? Antara Ashraf dan Dayn, siapa sebenarnya bertakhta di hati Adrina? -Terkadang hidup ini hanya tentang masa. Masa yang menentukan siapa yang lebih pantas pada detik yang lebih tepat. Perhitungannya ada di dekat kita. Jawapannya hanya DIA yang memberikan.