Hanya Kita Yang Rasa
By nadanneadam
37.2K
185
10
  • Romance

Description

BERATUS-RATUS kelopak ros merah ditaburkan di atas lantai. Dari pintu masuk bilik hotel itu sampailah ke atas katil. Belek waktu. Ada sejam lagi sebelum suaminya balik. Dia ke bilik air, merendam diri di dalam tab mandi yang dipenuhi air wangian. Biar wangi satu badan. Keluar dari situ, dia keringkan rambut dengan hair-dryer, sisir rambutnya sampai berkilat dan pakai mekap nipis. Tak perlu tebal-tebal. Tanpa mekap pun dia dah cukup cantik. Lingerie Sheer Bow Baby Doll berwarna hitam yang dibeli di Victoria Secret, dikeluarkan dari beg kertas eksklusif. Ditayangkan garment jarang itu di depan matanya. Membayangkan susuk tubuhnya yang mengiurkan dalam lingerie itu. Tersenyum lebih puas bila bayangkan reaksi telan liur suaminya nanti. Dia sendiri pun telan liur. Apatah lagi suaminya. Di depan cermin tinggi, lingerie dan g-string disarungkan ke badan. Mata tak lekang dari cermin. Membelek tubuh sendiri. Diterangi cahaya lampu, segala-galanya dapat dilihat dengan jelas terutamanya puting susunya yang mengeras kerana sejuk pendingin hawa. Dia padamkan lampu. Langsir tebal dikuak, membiarkan langsir nipis menabiri jendela. Cahaya yang masuk sikit sangat. Tubuh badannya yang bersalut lingerie nipis antara nampak dengan tidak. Baru misteri sikit. Berbaring mengiring di atas sofa Cleopatra sambil membaca status di Facebook kawan-kawan dalam friendlistnya. Majoriti adalah kawan-kawan lama. Ada segelintir yang dia tak kenal. Add dia kerana ada mutual friends dan kerana kerja. Bunyi pintu dibuka kedengaran. Segera dia letakkan telefon di atas meja di kepala sofa. Pelan-pelan. Tak buat bunyi. “Ain?!” Dia tersenyum. Suara suaminya ceria sekali. Suaminya tahu apa yang sedang menunggu di dalam bilik tidur itu. Dia dengar bunyi briefcase diletakkan di atas meja. Derap tapak kaki berjalan laju ke bilik tidur. Dia pandang pintu bilik tidur yang dibiarkan terbuka. Sesaat kemudian, susuk tubuh suaminya muncul. Bersambung di grup FB Nad Adam...

Bab 1

Continue Reading on Wattpad
Hanya Kit...
by nadanneadam
37.2K
185
10
Wattpad