Encik Suamiku Hipst...
By hazeljay86
26.5K
614
81
  • Romance
  • encik
  • enovel
  • hazel
  • hipster
  • jay
  • komedi
  • melayu
  • novel
  • romantik
  • suamiku

Description

Mengikut tradisi keluarganya, setiap keturunannya perlu berkahwin sebelum atau selewat-lewatnya usia 23 tahun. Namun, kala usia Hania sudah mencecah 25 tahun pun, dia masih belum ada kekasih hati yang bisa dijadikan suami. "Aku dah tak ada pilihan. Mak aku tu duk membebel aje setiap hari sebab aku dah langgar trasdisi keluarga dia. Umur aku tahu ni dah 25 tahun, tau? Boyfriend banyak kali ada, tapi seorang pun tak pernah nak menjadi. Sebab tulah aku pasrah ikut cadangan mak aku tu," ~ Hania Disebabkan terlalu tertekan kerana emaknya hampir setiap hari mendesak dia supaya berkahwin, dia pasrah menyerahkan hal jodoh kepada emaknya. Semuanya dilakukan demi mengelak dia dibebel setiap hari. Dia sudah bingit! Hania hanya boleh melihat bakal tunangnya selepas dia sah bertunang dengan lelaki itu. Itu syarat yang emaknya telah tetapkan. Dua minggu selepas dia bertunang barulah encik tunangnya menghubunginya untuk berjumpa dalam keterpaksaan. "Helo cik tunang, awak ingat awak tu artis popular? Awak ingat awak tu Dato' Siti Nurhaliza? Siap nak ada pihak TV berebut-rebut jadi penyiar tunggal ala-ala eksklusif majlis wedding kita? Awak ni memang kuat berangan ek?" ~ Saffarin Alangkah mengejutkan bila melihat tunangnya adalah lelaki yang pernah dia jumpa sebelum ini dalam satu insiden pelangaran yang tidak diduga. Siapa sangka, lelaki yang dia angap 'sesuatu' itu adalah tunangnya! Sesuatu yang mengejutkan. Selain itu, gaya pakaian tunangnya yang digelar gaya hipster itu cukup dia tidak berkenan. Sebijik macam alien di matanya! "Tapi, abang aku tu kaya tau? Kondo ni aje dekat dua juta harganya, dia boleh beli dengan selamba. Kereta Volkswagen Beetle dia tu pun mahal. Semua dia beli duit hasil jual baju-baju dia tu. Sebelum kau kena cerai dengan dia, kau kikislah harta dia dulu," ~ Hakem Bisakah Hania menerima tunang hipsternya sebagai suami? NOVEL INI AKAN DITERBITKAN DALAM VERSI CETAK OLEH PENERBITAN PENULISAN2U KELUARAN BULAN NOVEMBER 2015.

Sinopsis

Continue Reading on Wattpad
Encik Sua...
by hazeljay86
26.5K
614
81
Wattpad