IDENTITI:2
By NajwaAzaki
40.8K
1.7K
438
  • Mystery / Thriller
  • generalfiction
  • karma
  • malaysia
  • mistik
  • mystery
  • paranormal
  • thriller

Description

Identiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. Izzat adalah rakan baik Mazlan yang sekepala. Siapa sangka dia bakal mengetahui sesuatu yang tidak diduga walaupun segalanya hanyalah kebetulan semata-mata. Adib cuba menarik rakan-rakannya untuk sentiasa berada di jalan yang benar. Namun, mana ada manusia yang suci daripada debu dosa. Dalam dunia ni, kita tak akan kenal seseorang tu 100%. Pasti akan ada sisinya yang kita tak tahu. Apabila kita memaksa diri untuk tahu semua benda, padah akan menimpa! Sebab itulah, ada yang kata, kadang-kadang lebih baik tak tahu in detail dari terlalu tahu, takut kita tak boleh terima kenyataan. Mazlan tidak tahu yang dirinya telah melakukan kesalahan besar bersama empat rakan lain. Pelbagai siri gangguan mula menerpa diri mereka semua dan rahsia yang mereka cuba simpan kemas sedikit demi sedikit mula terburai di hadapan sahabat semua. Percutian ke Langkawi menjadi salah satu detik hitam dalam hidup mereka apabila dosa lalu mengejar kembali untuk dilunaskan. Hutang darah harus dibayar darah! Mampukah mereka menyelamatkan diri dari lipatan takdir? Apakah sekeping cermin mampu melindungi mereka? Ada apa dengan cermin? Ada di antara mereka yang menikam dari belakang demi menyelamatkan diri, namun siapa? Dalam kekalutan yang menimpa, masing-masing menanam kata-kata keramat dalam hati : "Korban itu perlu dalam misi menyelamatkan diri! Korbankan orang lain atau terkorban. Kau yang pilih!"

Bab 1

Continue Reading on Wattpad
IDENTITI:2
by NajwaAzaki
40.8K
1.7K
438
Wattpad