The Greatest Of Des...
By karyaseni2u
43.0K
658
53
  • Romance

Description

Tajuk: The Greatest Of Destiny! Penulis: Al-Wahyu Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-53-1 Harga: RM26 (Semenanjung) // RM29 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni ALISA ZAHIRA ialah gadis beauty with brain! Dia terpaksa membatalkan perkahwinannya dengan Asyraf Kamil pada saat-saat akhir gara-gara perkara aib yang menimpa lelaki itu. “Awak jangan tertipu, Alisa! Saya memang tidak kenal langsung dengan perempuan tu! Saya diperangkap!” - ASYRAF KAMIL “Soal siapa perangkap siapa, buat masa ini tidak penting, Asyraf! Ya! Saya boleh terima yang awak nak cakap perempuan itu perangkap awak! Tapi suka atau tidak, perempuan tu telah mengandungkan anak awak! Benih awak, Asyraf! Awak bapa kepada anak itu!” - ALISA ZAHIRA Alisa Zahira akhirnya terpaksa akur dengan suratan takdir. Dia bersetuju untuk mengahwini lelaki bernama Nasih Mikael bagi menutup malu keluarganya akibat perkahwinan yang tidak jadi itu. Nasih Mikael? Lelaki itulah yang pernah menolak cintanya di bumi Melbourne dulu. Kini lelaki itu muncul menagih cintanya kembali. Dan kemunculannya tepat pada masanya. “Awak ni memang tak pernah kenal sifat putus asa, ya?” - ALISA ZAHIRA “Perkataan putus asa tidak pernah ada dalam kamus hidup saya.” - NASIH MIKAEL “Oh! Really? Kat kedai mana awak beli ‘kamus’ tu?” - ALISA ZAHIRA Tatkala mereka mula merasai kebahagiaan itu, Alisa Zahira mula menghilangkan dirinya apabila mengetahui ada rahsia yang tersimpan rapi di sebalik perkahwinannya. Rahsia yang menyebabkan dia membatalkan perkahwinannya dengan bekas tunangnya dulu.

Bab 1

Continue Reading on Wattpad
The Great...
by karyaseni2u
43.0K
658
53
Wattpad