Takdir Cinta (E &am...
By Hali-ban
4.1K
195
30
  • ChickLit
  • army
  • chicklit
  • diraja
  • elite
  • fly
  • malay
  • melayu
  • moden
  • modern
  • pilot
  • police
  • royalty
  • spy
  • undercover
  • uniform

Description

"Weh, siapa dia orang ni?" soal Inani, mengangkat keningnya kepada Ema. "Anak-anak saudara Tengku Fateh tu," jawab Ema bersahaja. Dia melihat Fateh yang masih beratur bersama Huda untuk membeli aiskrim tambahan itu. "Amboi kau sekarang. Dating dengan Tengku Fateh tak cerita dengan aku pun..." Bulat mata Ema mendengar kata-kata kawan sekolahnya itu. "Shhh... Kau jangan mengarutlah, Nani. Aku terserempak dengan dia sahaja kat sini. Aku datang dengan adik-adik akulah." Benar, dia datang ke pusat membeli-belah ini dengan adik-adiknya. Namun, dia melepaskan adik-adiknya ke mana mereka ingin pergi bersama sedikit wang, asalkan bertemu kembali dengannya sebelum mereka pulang sekejap sahaja lagi. Dia meminta adik-adiknya datang berkumpul kedai aiskrim ini. "Iyalah. Kau datang dengan adik-adik, dia datang dengan anak-anak saudara. Alah... tak payah sorok apa-apa daripada akulah. Aku tumpang gembira untuk kau!" Ema menghela nafas pendek. Nampaknya Inani tidak percaya apa yang dia katakan. Apa lagi yang dia boleh cakap untuk menafikan idea Inani itu? "Okeylah. Aku ada hal sebenarnya. Aku pergi dulu ya. Kirim salam pada Tengku Fateh. Kahwin nanti, jemput aku tahu!" Inani pantas berlalu sebelum Ema sempat berkata apa-apa. Ema hanya menggeleng. Dia memandang Hadif dan Hafawati yang masih makan aiskrim. Penuh adab cara kanak-kanak ini makan. "Mana Inani? Dah pergi?" suara Fateh mengejutkan dia daripada memerhati kembar itu. Ema mengangguk sahaja sebagai jawapan. Fateh kembali mengambil tempat duduknya dan Huda di ribanya. ----------------------------------------- Fateh - bekas ahli skuad elit tentera udara, merangkap putera diraja kedua negara Zamora. Ema - Asyik bertukar kerja sahaja. Siapa Ema sebenarnya?

Bab 1: Pembantu Rumah

Continue Reading on Wattpad
Takdir Ci...
by Hali-ban
4.1K
195
30
Wattpad