Description
Sebagai seorang perancang majlis perkahwinan terkenal, Tengku Naura Raissa tahu bagaimana mencipta pengakhiran bahagia untuk orang lain. Malangnya, dia gagal mencipta pengakhiran untuk dirinya sendiri. Impian Naura hancur apabila dia menemui tunangnya, Megat Rayyan, bersama adik tirinya sendiri. Dengan hati yang remuk, Naura melarikan diri ke Teluk Melati, kampung halaman arwah mamanya, demi melupakan segala-galanya. Namun, ketenangan itu tidak bertahan lama apabila dia bertemu Hayden Mateen, pemuda kampung yang suka menyakat dan entah kenapa sentiasa muncul ketika Naura memerlukannya. Di Teluk Melati, Naura belajar bahawa cinta sebenar mungkin datang tanpa dirancang. Tetapi apabila masa lalu kembali mengetuk pintu, mampukah cinta itu bertahan?
PENGENALAN