Description
Muhammad Safiy Lutfi? Huh! Siapa tak kenal si prince charming Sekolah Tinggi St. Schz Levi. Darrien Thaqif Aqeel? Huh! Tak perlu kenallah. Budak lelaki pembuli, mulut asid dan mastermind segala kejahatan. Mangsa? Sudah tentu si muka tak siap. Naomi Qaeyscha Aurora? Si master tae kwan do, tapi tetap ada pembuli? Perkataan 'revenge' tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Namun sebut nama si pembuli, revenge sentiasa ada untuknya. 9 tahun kemudian, segala-galanya berubah. Tak perlu 'terkujat' kerana lumrah manusia... sangat mudah dan cepat berubah. Pergaduhan zaman jahiliah nun berkurun lama rupanya masih tersimpan rapi pada kotak ingatan. Tak pernah terjangka perubahan besar berlaku pada 'nya'. Sangat besar hingga membuahkan rasa tidak senang di dalam hati. Namun dia juga yang 'digunakan' bagi sesuatu yang tidak pasti. Tidak pasti kerana percanggahan kata-kata ego dan hati. Kerana 'tidak pasti' itu, wujud 'revenge' yang sebenar. Bak kata si pendendam 'buat jahat di balas jahat'.