Description
Rinella Catriano, seorang gadis muda yang kelihatan lembut dan manja, menyimpan luka lama yang tidak pernah sembuh. Ketika berusia lima tahun, dia kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kejadian tragis yang dikatakan "bunuh diri", namun nalurinya kuat menyatakan ada sesuatu yang disembunyikan. Bertahun-tahun kemudian, setelah menamatkan ijazah di Universiti Malaya, Rin bertekad untuk mencari kebenaran di sebalik kematian mereka. Bersama sahabat yang dianggap kakaknya, Ashaya Mazella - seorang bekas anak angkat mafia yang kini bergelar ejen rahsia - Rin mula melangkah ke dunia yang penuh bayangan: organisasi sulit, konspirasi polis, dan misi rahsia melibatkan sindiket mafia terbesar Asia. Namun Rin bukan sekadar gadis biasa. Di sebalik kelembutan dan wajah polosnya, dia seorang hacker genius yang mampu menembusi sistem pertahanan tertinggi dunia. Bersama Asha, mereka disertai tiga ejen lelaki tampan dan berbahaya - Reez, anak jutawan yang gemar bertarung; Han, anak angkat ketua mafia yang menyembunyikan asal-usulnya; dan Fackrul, anak petinju yang setia dan berani. Lima jiwa, satu organisasi rahsia, satu tujuan: menumpaskan jaringan penyeludupan terbesar dan membongkar kebenaran kematian keluarga Rinella. Namun semakin jauh mereka melangkah, semakin mereka sedar... musuh sebenar mungkin bukan di luar, tetapi di antara mereka sendiri.
BAB 1- KELUARGA BAHAGIA
