Description
Indahnya Ramadhan, Ramai yang merindui Mu... Menanti ketibaan bulan Mu... Bulan Mulia yang lebih baik berbanding seribu bulan, terkandungnya malam Lailatul Qadr yang di tunggu... Indahnya Ramadhan, Moga ketemu. :') Nur Farisha Humairah Gadis bandar yang mendapat perkerjaan di kawasan luar bandar. Pelajar jurusan art & design yang berusia 25 ini amat berbakat dalam bidangnya. Seorang yang periang, ceria, tetapi tegas dalam menjaga akhlak dan pergaulannya dalam kehidupan seharian. Seorang anak gadis yang amat disayangi dan dimanjakan oleh Ayahnya. Mempunyai 3 orang abang yang juga amat menjaga adik perempuan kesayangan mereka. Berhijrah menjadi gadis yang lebih menepati syariah dalam menjaga auratnya. Ahmad Hafidzul Akmal Seorang sarjana muda dalam bidang Al quran dan Hadis dari Universiti Islam Antarabangsa. Manis dan tampak tenang perwatakkannya. Berasal dari melaka (luar bandar). Baru ingin memulakan kehidupan sebagai seorang pekerja dan sambilan sebagai penceramah mingguan di masjid kampungnya. Amat menjaga batas pergaulan dengan wanita ajnabi. Putri Sharina Teman rapat Isya sewaktu belajar di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Seorang yang peramah terhadap semua orang, cantik dan baik hati, tetapi beliau mengalami masalah iri hati terhadap teman baiknya sendiri, iaitu Nisa. Hal ini kerana baginya Isya sentiasa mendapat perhatian sedangkan dirinya tidak. Azhar Ezmir Teman sekerja Isya. Amat meminati Isya dan mencuba untuk mencuri hati Isya dengan pelbagai cara. Dia amat tersinggung dengan Isya yang selalu menolak perlawaannya untuk berbual mesra. Sering lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba-Nya.