SERU DALAM DEBU KAL...
By LUVVEREMMA
21
7
0
  • General Fiction
  • bullying
  • hargadiri
  • mentality
  • psikologi
  • romance
  • romantik
  • suspence

Description

Tengku Tristan, lelaki berdarah bangsawan kelahiran Perancis tetapi menetap di Malaysia sejak kecil, kembali ke tanah kelahirannya untuk menyambung pengajian tinggi di Universiti Versailles. Di sana, dia menjalin hubungan cinta dengan Livina Rhea, seorang pelajar tempatan yang menawan, anggun, dan penuh dengan pesona masyarakat elit Perancis. Hubungan mereka yang kelihatan sempurna di mata umum menyimpan ketegangan yang tidak terlihat kerana Livina lebih mencintai status dan kebanggaan memiliki lelaki bernama 'Tengku Tristan' daripada jiwanya yang sebenar. Segalanya berubah apabila Amarra Mawanda, seorang gadis Malaysia yang penuh kelembutan tetapi berprinsip tinggi, hadir dalam kehidupan Tengku Tristan. Perwatakan Amarra yang berani menegur dengan hikmah, jujur dalam tutur, dan tidak pernah tunduk kepada kekayaan atau nama bangsawan membuatkan hati Tristan mula bergoncang. Di sebalik kesederhanaan Amarra, dia menemui makna ketenangan dan keikhlasan yang Livina tidak pernah beri. Livina Rhea sedar akan perubahan itu. Keangkuhan dan rasa memiliki dalam dirinya bertukar menjadi dendam yang membara. Baginya, Amarra telah merampas segala-galanya cinta, perhatian, dan maruahnya sebagai wanita yang pernah menjadi 'yang utama' dalam hidup Tengku Tristan. Dengan penuh niat jahat yang terselindung di sebalik senyuman, Livina memulakan langkah untuk menjatuhkan Amarra. Dia menyebarkan fitnah, mempermainkan persepsi fakulti, dan memalukan Amarra di khalayak hingga reputasi gadis itu terjejas dan namanya dipandang hina. Namun di sebalik segala kekusutan, Tengku Tristan mula melihat kebenaran. Dia menyedari siapa yang menyintainya kerana dirinya yang sebenar, dan siapa yang hanya mahu memiliknya demi kebanggaan. Di saat Amarra hampir tersungkur dalam ujian fitnah, Tristan tampil mempertahankan maruahnya demi keadilan, demi cinta yang sebenar.

Bab 1

Continue Reading on Wattpad
SERU DALA...
by LUVVEREMMA
21
7
0
Wattpad