Description
Dinasti Han Zhen dan Kerajaan Tuah Ayyash. Dua kerajaan yang dahulunya mempunyai hubungan persahabatan dan perdagangan yang amat kukuh. Bahkan jika salah satu daripada kerajaan tersebut mengalami sesuatu kejadian yang telah mendatangkan kesan buruk, pasti kerajaan yang satunya lagi menghulurkan bantuan. Bak kata pepatah, hubungan kedua-dua kerajaan ini bagai aur dengan tebing. Biarpun kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan yang begitu kukuh, tiada sesiapa yang akan menyangka bahawa akan ada sebuah peristiwa yang sungguh mengecewakan satu kerajaan hingga membuatkan hubungan politik antara dua kerajaan ini musnah begitu sahaja. Setelah hubungan kedua-dua kerajaan ini musnah, muncullah satu dendam yang mampu membuatkan berlakunya sebuah peperangan yang sangat dahsyat. Tetapi ada sesuatu yang mungkin telah menghalang daripada berlakunya peperangan itu. Sampailah kedua-dua kerajaan tersebut membuat satu perjanjian agar hal sebegini tidak akan berlaku lagi. Namun, apakah yang telah terjadi sampaikan berdendam lalu berperang? Dan.. apa yang sudah berlaku pada ketika itu hingga wujudnya satu perjanjian?
PROLOG
