Description
CAPTAIN ARYAN SYAH Langit menemukan mereka. Cinta menyatukan. Tapi dendam hampir memisahkan segalanya... Aryan Syah, kapten penerbangan berkaliber, hidup di antara ketinggian awan dan kekosongan yang membelenggu jiwa. Dilahirkan tanpa pengiktirafan, dibesarkan tanpa kasih seorang ayah, dia kini membawa nama sendiri-dan misi membongkar kebenaran silam. Di langit dan bumi, dia bertemu Ezma Umaira - ketua pramugari yang tegas, berprinsip, namun perlahan-lahan membuka ruang di hatinya. > "Saya tak perlukan simpati awak, Ezma. Tapi kalau awak mampu faham... itu lebih dari cukup." - Aryan Syah > "Awak bukan lelaki biasa, Aryan. Dan saya bukan perempuan yang mudah jatuh cinta. Tapi entah kenapa... dengan awak, semuanya terasa berbeza." - Ezma Umaira Namun, cinta tak pernah hadir tanpa ujian. Adriana Sofea, bekas rakan sekerja yang hanya pernah berkongsi satu penerbangan bersamanya, muncul semula dengan niat tak suci - cuba menggugat hubungan Aryan dan Ezma hanya kerana hatinya yang pernah ditolak. > "Kita cuma sempat satu flight dulu, Aryan. Tapi kenangan tu cukup buat aku tahu - aku patut ada di sebelah kau, bukan dia." - Adriana Sofea Dan lebih mengejutkan, Datin Yasmin - wanita yang selama ini berdiri sebagai lambang keanggunan keluarga Azmar - menyimpan rahsia hitam yang hampir meragut nyawa Aryan sendiri. > "Jangan harap Ezma boleh jadi menantu aku. Aku takkan biarkan perempuan biasa rebut tempat dalam keluarga Azmar." - Datin Yasmin Antara cinta dan warisan, antara kebenaran dan dendam, Aryan Syah perlu memilih: terus terbang tinggi, atau kembali ke bumi dan memperjuangkan segalanya - demi cinta, dan demi dirinya sendiri.
>>1
