Description
"Aku? Berlagak kuat? atau aku memang kuat!" Zyden Mikhail "Aku harap kau dapat kuatkan diri kau supaya mereka tak dapat buli kau lagi." Arreya Marissa "Tok harap kamu dapat gunakan ilmu yang tok bagi ke kamu ini dengan baik dan dapat selesaikan apa yang tidak selesai sebelum ini." Tok Selamat Zyden telah lama menyimpan bara dendam dalam hatinya - dendam terhadap penghinaan dan penderaan yang pernah dilaluinya di tangan pembuli semasa kecil, dan lebih menyakitkan, dendam atas kematian ayahnya yang tragis. Luka lama yang tidak pernah sembuh kini membara semula apabila peluang untuk melangsaikan segala derita itu muncul. Berbekalkan sokongan Rissa dan rakan-rakannya, Zyden mengumpul keberanian dan kekuatan yang selama ini tersembunyi. Bersama, mereka merancang dengan penuh strategi untuk menuntut keadilan yang telah sekian lama dinafikan, mengakhiri sebuah kisah dendam yang tertanam dalam diam. "Dari liang paling dalam, aku bangkit membawa kutukan"
PROLOG