Description
Byeon Na Ri hidup dalam garis lurus-tiada simpang, tiada pusingan. Sikapnya yang nonchalant sering disalah anggap sebagai tenang, padahal dia sendiri tidak pasti jika dia masih mampu merasa apa-apa. Setiap hari hanyalah kesinambungan dari semalam, dan dia tak pernah bertanya kenapa. Sebagai Pengurus Kewangan di FMS Creative, sebuah syarikat kasut elit, Na Ri bekerja dengan cermat di bawah Choi Soobin - CEO yang terlalu sedar akan pesonanya sendiri. Soobin disukai ramai, sentiasa ingin jadi pusat perhatian, tapi pada Na Ri... dia hanyalah satu lagi suara di antara bunyi-bunyi dunia yang dia tak hiraukan. Hidupnya yang rutin mula terusik apabila muncul Choi Yeonjun - bekas pelajar bermasalah dari sekolah lamanya. Kini, dia menjadi pekerja serba guna di syarikat yang sama. Walau mereka hanya pernah berselisih sekali di zaman sekolah, Yeonjun tak pernah lupa gadis yang pernah pandangannya kosong... sama seperti sekarang. Tapi Na Ri? Dia langsung tidak mengingati Yeonjun. Dan dia juga tidak pernah peduli dengan Soobin. Bagi Na Ri, dunia bukan tentang cinta, bukan tentang kenangan. Ia hanya tentang bergerak. Maju. Walaupun dia sendiri tidak tahu ke mana. Namun, dunia mereka mula berubah... apabila kehadiran Na Ri yang dingin perlahan-lahan mencipta kehangatan yang tak dimintanya - dalam hati mereka yang sedang mencari sesuatu, dan pada seorang gadis yang tak mahu apa-apa.
1
