KRISTAL BIRU
By kasehpubs
20
0
0
  • Fantasy
  • biru
  • diraja
  • fantasy
  • kristal
  • pengkhianat

Description

"Dengar cakap aku pulang sekarang! Jangan berlengah lagi. Jika tidak...kau akan menyesal!" Apa yang dia sudah lakukan? Mengapa dia diarahkan pulang? Dia hanya ke kota Derhik untuk menduduki peperiksaan bertulis pangkat emas. Melihat ramai tentera mara dan telah mengepungnya, baru dia sedar bahawa dia bukan diarahkan pulang. Tetapi tentera-tentera itu mahu menangkapnya! Wafiy meloloskan diri dengan menunggang kudanya dengan laju untuk pulang ke kampung dengan segera. Tetapi, alangkah terkejutnya mendapati orang-orang kampungnya ditangkap. Dia pula tidak tahu di mana lokasi sebenar bangsanya disorokan. "Di satu tempat yang kau sendiri tidak pernah dengar dan tahu kewujudannya." Ah, mustahil! Dia penduduk tetap di kawasan ini. Tidak mungkin dia tidak mengetahui setiap tempat di negerinya. Yang menjadi persoalan sekarang, mengapa bangsanya menjadi sasaran? Apa yang tentera Sarnonika mahukan daripada bangsanya yang selama ini terpinggir? "Mereka mahukan kristal biru yang hanya ada pada orang-orang Aizanra?" Kristal biru?! Batu kecil yang dia sendiri tidak tahu dimana keberadaannya dan kerana itu seluruh bangsanya menjadi tahanan! Tetapi, ada apa dengan kristal biru sehingga dicari-cari oleh tentera Sarnonika?

Teaser 1

Continue Reading on Wattpad
KRISTAL B...
by kasehpubs
20
0
0
Wattpad