Description
Siapa sangka gadis yang lembut mampu menewaskan berberapa orang musuh dengan begitu mudah? Dialah Nisa Arisha, seorang gadis yang berperwatakan ceria namun semuanya berubah selepas tragedi yang dialaminya semasa berumur 16 tahun. Perwatakannya berubah 360 darjah daripada ceria kepada seorang yang degil, dingin dan kasar. "When winter comes, my love blooms for you." - Lim Damien. Lim Damien, jejaka berkacukan itali dan korea itu sudah lama menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Seorang yang dingin, misteri dan berbahaya. Dingin seperti ais dan berbahaya bagaikan bisa. "Hold my hand, chagiya." - Lim Damien "Abang... Arisha takut." - Nisa Arisha Apabila Arisha berjaya mencapai kebahagiaan bersama Damien, muncul penghalang bagi kisah cinta mereka. Kang Yuna, personal assistant Damien di hotel D'star sudah lama berdendam akibat ditolak jejaka pujaannya. Dia memporak-perandakan rumah tangga pasangan itu dengan fitnah agar berlaku keretakan. "Chagiya, don't leave me alone..." - Lim Damien Namun selepas kehilangan Arisha semasa bertugas, Damien mula hilang punca. Dia menyalahkan dirinya di atas segala yang berlaku. Namun, apa yang dilihat bukan semuanya ternyata benar. Permainan minda lebih hebat berbanding pemainnya. Pentas bakal beraksi. Damien bangkit menuntut bela demi Arisha. Siapakah dalang sebenar permainan ini?
Bab 1
