Description
Setiap legasi pastinya mempunyai penerusnya. Lahir dalam keluarga yang amat mengelirukan, Izzwan Raziq harus bersaing dengan 12 lagi calon untuk merebut takhta menjadi ketua keluarga mafia, iaitu The Kuro Mafia, antara geng mafia yang terkuat di bandar Lumiere. Izzwan yang merupakan anak yang terakhir daripada 13 orang adik-beradik, namun mereka tidak pernah berjumpa sehingga hari bermulanya penilaian dan pemilihan menjadi ketua keluarga mafia tersebut. Pada mulanya, Izzwan Raziq tidak berminat untuk menyertai pemilihan tersebut namun atas hajat arwah datuknya sebelum menghembuskan nafasnya terakhir dan mahu membalas dendam demi ibunya, bermulanya perjalanannya. "Izz...janji dengan atuk, yang kamu akan rampas takhta mafia itu daripada ayah kamu yang tak guna itu...dan baikkan nama keluarga kita semula" "Tapi atuk...Izz tak yakin yang Izz boleh kalahkan 12 orang...apatah lagi diorang tu berbahaya macam maid katakan" "Ada sebab atuk pilih kamu dan ibu kamu untuk tinggal bersama atuk...sebab atuk yakin dengan potensi kamu..." "Oh jadi...inilah adik bongsu kita lah ya? Hurm nampak lembik semacam" "Lembik? Awal lagilah nak judge aku..."
⚔️INTRODUCTION⚔️
