Description
Trope: Ex to Lovers. Mengenali Firash Nufael ialah kesalahan terbesar di dalam kehidupan seorang Alanna Naura. Jika masa boleh diputar semula, dia lebih memilih untuk tidak mengenali lelaki itu langsung. Sejak daripada satu peristiwa itu, Alanna sudah menutup hatinya serapat-rapatnya untuk mencintai mahupun dicintai. Dia tidak sanggup dikecewakan lagi. Dia bencikan seorang Firash Nufael. Namanya tiada di dalam hidup Alanna sejak 5 tahun lepas lagi. Namun, takdir menemukan mereka semula. Tidak pernah terlintas di fikiran Alanna yang dia akan bertemu semula dengan bekas teman lekakinya itu. Ini bagaikan mimpi buruk baginya. " Miss me, darling? " - Firash Nufael. Seorang jejaka yang macho dan terselah aura badboynya. " What the.. FIR?! " - Alanna Naura. Seorang artis yang baru nak up. Seorang gadis yang manis dan mempunyai lesung pipit sebelah sahaja. Bertemu semula dengan Firash membuat hati Alanna tidak tenang. Mengapa dalam ramai-ramai manusia dalam dunia ni, aku kena jumpa kau juga? " Aku nak kau berlakon jadi girlfriend aku. Buat sementara waktu sahaja. " - Firash. " No way! In your dream, Fir. " - Alanna. Namun, disebabkan satu kejadian yang berlaku, Alanna bersetuju dengan cadangan Firash. Berlakon jadi girlfriend? Mudah bagi artis sepertinya. Hari berganti hari, mereka juga semakin rapat. Mereka sering meluangkan masa bersama. Hati Alanna juga sudah mulai lembut buat Firash. " Can we try again, Naura? " - Firash. Hatinya mahu menerima Fir semula tetapi dia sudah terlalu trauma dengan apa yang berlaku antara dia dan Firash 5 tahun lepas. Dia takut jika dia buka hatinya lagi, dia akan dikecewakan lagi seperti dulu. Berjayakah Firash menambat hati Alanna semula? Berjayakah Firash menyembuhkan hati Alanna yang terluka kerana dia? Dan adakah Alanna akan membuka hatinya semula buat Firash? Start: 17/11/2024 End: