BAHAGIA YANG DINANT...
By BungaOrkidMohd
78
5
0
  • Romance
  • cinta
  • dendam
  • life
  • love
  • lovestory
  • revenge
  • rindu
  • stepfamily
  • tiri

Description

BLURB Kehidupan Cahaya Rindu Mikayla atau disapa Mikayla tidak seindah seperti sebaris namanya. Celik sahaja matanya mengenal dunia, dia hanya menempuh episod duka dan luka. 'Hey perempuan sundal! Kau tak payah nak menangis! Tak ada sapa-sapa pedulikkan kau!' ~ Amirah. Entah mengapa dia berasa kebenciaan emak begitu pekat sekali buatnya. Sehingga dia teraba-raba mencari kebahagiaannya sendiri. Emak sering menjadikannya babu dan memperhambakannya tanpa sebab yang jelas. Sehinggalah suatu hari sebuah kebenaran terbongkar dengan sendirinya. Sebuah kebenaran yang membuatkan Mikayla kekal mahu bernafas dan percaya bahagia yang dinanti akan tiba. ~Abang jangan nak bela sangat perempuan sundal itu ya! ~ Emak ~Maisarah bukan perempuan sundal! Dia perempuan yang baik! ~ Pak Akob. Mikayla.. Dia tak pernah menyangka ibu kandungnya masih hidup. Diam-diam melakar harapan agar mereka akan bertemu suatu hari nanti meskipun dia sendiri tidak pasti bila waktu itu tiba. Sebuah insiden mula mengubah kehidupan Mikayla. Hadirnya MMT mula mewarnai hidupnya. Saat dia menanti kebahagiaan yang tiba buatnya. Namun, dia tidak berani melakar bahagia itu. Kerana dia banyak menempuh derita sepanjang hidupnya. Lagipun, MMT atau Mr Crush itu ramai peminatnya. ~Itulah orang tua-tua kata. Jangan sesekali bencikan seseorang, nanti kalau dah tersuka kan payah! ~ Nazirah. ~Awak kena bertegas! Kalau awak tak bertegas, memang selamanya awak kena buli! ~ MMT aka Mr Crush. Kehadiran mak cik Fatimah dan MMT sedikit sebanyak mengubat kelukaan di hati Kayla. Namun, siapa wanita misteri yang diperkenalkan oleh Mak Cik Fatimah pada malam itu? Apakah pemilik kilang Frozen tempat Mikayla bekerja itu merupakan mama kandungnya atau bukan? Berjayakah Kayla terlepas dari cengkaman emak dan adik-adiknya? Adakah MMT atau Mr Crush turut mempunyai perasaan yang sama seperti Mikayla atau hadirnya sekadar pelengkap cerita untuk takdir seorang Mikayla? Apakah wujud kifarah buat mereka yang jahat?

BAB SATU

Continue Reading on Wattpad
BAHAGIA Y...
by BungaOrkidMohd
78
5
0
Wattpad