Langit Fajar : My N...
By meraheobso
162
20
38
  • Action
  • action
  • agent
  • keluarga
  • langitfajar
  • meraheobso
  • myname
  • persahabatan
  • tentera

Description

Sebuah karya yang berlatarkan dunia ketenteraan dan perisikan seorang hamba bernama True Thariq Bryant Abdullah. Kisah bermula apabila True mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam setelah sebuah peristiwa tragis dari misi rahsia yang mengubah kehidupan gelapnya untuk kembali ke pangkal jalan sebenar. Namun hal buruk menimpa apabila khabar tersebut sampai ke telinga orang-orang atasan True. True telah dilucutkan jawatan dan kredibiliti sebagai salah satu ketua kumpulan ejen risikan ditarik sepenuhnya dan tinggallah namanya yang hanya tersisa disebut-sebut oleh kakitangan organisasi bahawa Cpt True adalah satu-satunya figura yang masih hidup dalam mencurahkan kesetiaan yang sama selama 29 tahun tanpa melawan sepatah kata. Walaupun lelaki ini sudah sedaya upaya menyembunyikan identiti diri daripada terjebak dengan sebarang hal-hal awam, misteri satu demi satu ugutan keras yang memburu True dari pelbagai penjuru memaksa True mengeluarkan kembali taring yang ia sudah simpan berkat dari sejak menganuti agama Islam. True menyangka rakan-rakan yang pernah berkhidmat dengannya masih lagi berada dalam organisasi tersebut namun mereka kini terpisah, membawa diri masing-masing dan ada juga hilang daripada radar tanpa dapat dikesan. Di sinilah bermulanya pertarungan sengit antara Cpt True Thariq dan kesemua sahabat perjuangannya melawan organisasi yang menggertak sahabat, keluarga bahkan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan True.

Opening & Disclaimer of LFMN

Continue Reading on Wattpad
Langit Fa...
by meraheobso
162
20
38
Wattpad