Description
Tengku Kaysan Raees Aryan Seorang lelaki yang sangat dingin dan kejam. Satu-satunya tujuan hidupnya adalah untuk memusnahkan sesiapa sahaja yang ingin menyakiti keluarganya. Kehidupannya tersasar jauh dari landasan yang sepatunya dia berada. Dia sudah terlalu jauh dari Allah SWT. Namun, kehadiran seorang bayi perempuan di hadapan rumahnya telah mengubahnya tiga ratus enam puluh darjah. Bolehkah mafia kejam seperti dia menjaga bayi? Dia tidak mahu reputasinya rosak hanya kerana seorang bayi yang tidak tahu dari mana asal usulnya. Aurelia Selvira Jacqueline. Seorang gadis yang cantik dan lembut tetapi dalam kelembutan itu ada keganasan yang tiada siapa yang tahu. Menjadi puteri kesayangan keluarga bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Dia tersepit di tengah-tengah situasi antara kerjaya dan nyawa keluarganya menjadi taruhan permainan seseorang. Pertemuan yang tidak dijangka telah mengheret gadis itu ke lembah kesakitan yang lebih dalam. Disitu hadirnya seorang lelaki datang untuk melindungi dan menjaganya. Pelbagai rintangan ditempuhi sehingga semuanya berakhir tanpa kerelaan kedua-duanya. "If you go too far you'll end up your life just like a useless person- Tengku Kaysan "Saya merayu tolong selamatkan keluarga saya- Aurelia Selvira "Stop all the stupid conversation, all I need is that girl- Tengku Kaysan Cukup perit apabila apa yang dipertahankan musnah begitu sahaja. Kesakitan yang dirasai tidak setanding dengan apa yang berlaku. Kedua-duanya seperti hilang arah. Ketakutan menyelubungi satu sama lain. Bolehkah mereka bertahan hingga akhir? Adakah mereka sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk orang tersayang? Mampukah Tengku Kaysan menunaikan janjinya untuk melindungi dan menjaga gadis itu? Mampukah gadis itu menerima sisi gelap lelaki itu dan takdir yang telah Allah SWT tetapkan untuk dirinya?