Sekadar Pinjaman Se...
By SarahMikayla_
6
0
0
  • Romance
  • booktok
  • grudge
  • malaybook
  • malaylovestory
  • malayromance
  • malaysia
  • marriage
  • marriageconflict
  • mentaldisorder
  • mentalhealth
  • religion
  • religious

Description

Sebuah spin off e-book "Dia Sentiasa Ada" karya Sarah Mikayla. --------------------------- Dia dahulu hidup dengan dosa. Hampir mendirikan rumah tangga tetapi pelamin impiannya musnah kerana si lelaki memilih orang lain. Ada nyawa yang pernah dihancurkannya kerana dendam kesumat yang tertanam di jiwa. Dek kerana dendam dan benci yang tak terhingga kepada si manusia, dia tekad mahu menghancurkan hidup mereka suami isteri. Lima tahun selepas peristiwa gelap itu berlalu, dia kembali semula usai bertahun-tahun dirawat di bilik putih. Tetapi dia bukan lagi seperti yang dahulu. Dia kini lebih sihat dan lebih waras. Dahlia Risteena. Bekas model majalah Fly to Sky. Syarikat yang dibangunkan oleh bapanya sendiri, namun lelaki itu sudah tidak mengaku si dia sebagai anak. Dia dibuang keluarga. Dia dibenci masyarakat. Wajahnya terpampang di serata dunia sehingga merosakkan reputasi keluarganya. Akibat rasa bersalah dan takut yang teramat, dia mahu membersihkan segala kotoran yang dibuat. Dia mahu berjumpa mereka suami isteri yang pernah diganggunya dahulu. Namun fasa-fasa hijrahnya tidak mudah. Seakan hukuman ke atas kehidupannya, dia mula menanggung derita dan sakit. Apatah lagi tatkala munculnya Syed Aadhil Arkan; lelaki yang awalnya hadir seakan bidadara, namun bertukar sebaik saja mereka diijab kabulkan. Lelaki itu sebenarnya hadir bertemankan dendam. "Aku... akan buat kau derita sebagaimana deritanya Thaqeef Aiman waktu malam kejadian tu, Dahlia." - Syed Aadhil Arkan Dahlia Risteena semakin tertekan. Suaminya sendiri berdendam sehingga ingin menghancurkannya. Dia sudah bertaubat tetapi hidupnya menjadi semakin huru-hara. Hidupnya dihujani dengan kegelapan. Sehinggalah pada satu masa yang menentukan antara hidup dan mati. Dan pada masa itu, adakah kesalahannya dahulu sudah dimaafkan? Segala keperitan ini ialah ujian untuknya atau hukuman di dunia yang perlu ditanggung? Ni

BAB 1

Continue Reading on Wattpad
Sekadar P...
by SarahMikayla_
6
0
0
Wattpad