Description
SYED KARL MATEEN x ARLUNA RAISA Semasa remaja mereka berjanji untuk setia dan membawa rasa suka yang mekar di dalam hati sehingga masing-masing sudah mencapai usia dewasa Arluna masih setia menunggu sehingga 9 tahun lamanya namun sebaliknya buat Karl. Kepulangannya ke Malaysia membawa kejutan buat semua orang termasuk Arluna. "Kenapa abang buat Luna macam ni? Apa salah Luna?" Arluna Raisa "Luna tak ada salah cuma abang yang berubah hati" Karl Mateen Selama 9 tahun cintanya dikhianati oleh lelaki yang paling dia sayang membuatkan Arluna tekad untuk melupakan rasa suka dan cinta yang mekar di dalam hati. Bagi Arluna mengapa perlu setia sedangkan si dia sudah memilih orang lain. Tetapi lain pula bagi Karl, ada rahsia yang disimpan olehnya tanpa pengetahuan Arluna sehingga membuatkan dia memilih jalan buntu