Description
Perjalanan seorang gadis bersama adiknya menempuhi liku-liku kehidupan setelah kematian orang tua mereka. Alisya Airis sebagai kakak, dan anak sulung mengalas tanggungjawab mencari punca pendapatan dan akhirnya membuat keputusan membuka sebuah syarikat. Namun, disebabkan kekurangan ilmu dalam perniagaan Airis terpaksa menanggung beban dalam kerjanya seorang diri. Ia semakin teruk apabila dunia dilanda Virus Demam membawa maut. Membuatkan seluruh ekonomi dunia kacau bilau, masalah kesihatan manusia semakan kritikal, bekalan makanan semakin terhad, punca pendapatan semakin susut dan pelbagai lagi masalah sehinggakan Airis terpaksa membuang pekerja kerana tidak mampu membayar gaji... Jom kita imbau kembali zaman 'LOCK DOWN' yang mungkin ada antara kita tidak mendalami situasi dimana satu dunia terkena virus demam atau dipanggil 'VIRUS COVID-19' yang mula merebak pada tahun 2019