LASYKAR ILMI: FIRAZ...
By __syhadh
2.1K
505
1.6K
  • Historical Fiction
  • family
  • firaz
  • gapurailmi
  • islamik
  • jentayuemas
  • kasihsayang
  • kehilangan
  • khutubkhanah
  • pengorbanan
  • peperangan
  • perpustakaandunia
  • sedih
  • sejarah
  • tentera
  • war

Description

﷽ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benua Citra. Tempat terletaknya sebuah negara bernama, Gapura Ilmi, yang dahulunya merupakan sebuah negara aman dan harmoni. Negara penyimpan pelbagai buku-buku ilmiah dan skrol dari seluruh dunia itu akhirnya dijajah oleh kuasa asing, Jentayu Emas. FIRAZ UTHMAN, anak kepada panglima perang Gapura Ilmi, JENERAL FAKHRUL AZHAR, yang ditangkap oleh Jentayu Emas semasa berusia sepuluh tahun. Ketika itulah, ayahnya terbunuh akibat diseksa oleh pihak musuh. Ibunya pula dipaksa menjadi hamba seks kepada pegawai musuh, namun wanita itu menolak ia sekeras-kerasnya lalu diseksa hingga nyawanya dicabut Tuhan. Apabila umurnya mencapai 16 tahun dan waktu itu pihak Pertubuhan Keselamatan dan Ketenteraman Dunia mengenakan gencatan senjata ke atas musuh, dia telah dibebaskan. Mungkin dari segi luaran, dia telah bebas. Tetapi jiwa masih dikongkong rasa amarah yang memuncak ke atas Jentayu Emas kerana parut-parut yang ditinggalkan. Ia menimbulkan satu semangat untuknya hingga dia menyertai pasukan komando perang, Briged Gapura Ilmi. Tujuannya hanya satu - membebaskan tanah air daripada dipijak musuh. "Kau yang tak reti jaga dia!" "Sekarang pilih, hidup atau mati?" Cabaran dan halangan ditempuh oleh FIRAZ untuk mencari kebebasan itu. Bahkan setiap kali dia bangkit dari lena, bunyi dentuman bom menghiasi halwa telinga. Setiap kali sedang menunaikan solat, bunyi das-das tembakan bergema di ruang udara. Segala yang berlaku ke atasnya bagai kematian yang menghidupkan. "Cukuplah Allah sebagai pelindung dan sebaik-baik penolong." "Biar sayap patah tak tumbuh, asal jiwa masih berdiri teguh." Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN. - Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 3 JULAI 2023 END:

PETA GAPURA ILMI DAN NEGARA SEKITARNYA :)

Continue Reading on Wattpad
LASYKAR I...
by __syhadh
2.1K
505
1.6K
Wattpad