Lafaz
By QieyyRaisyah
7
0
0
  • Romance
  • hijrah
  • islamik
  • paksa
  • qieyyraisyah
  • tanpacinta

Description

Syaurah Adelia, kisah tak secantik nama. Meskipun dia dibesarkan dari keluarga yang serba lengkap, hatinya kosong. Jiwanya rapuh. Mama yang hanya melihat kewujudan adik, papa yang berusaha meneguhkan tiang masjid keduanya, dan persahabatan yang terbina hanya disepuh benci. "Hujung minggu ni, kau orang ada nak pergi mana-mana?" Mangkuk mi segera dia letakkan di atas meja lipat kecil sebelum dia mengambil posisi duduk bersila. Amna di katil hujung, usahlah mencuba bercakap dengannya andai plag telinga sedia terpasang. Itu kalau ada ribut pun, belum tentu dia dengar melainkan ada tangan yang prihatin pergi cabutkan. Shira tersengih-sengih membalas mesej di telefonnya. Confirm chat dengan boyfriend! "Korang?" "Hah! Apa dia Aura? Ulang balik." Syaurah menggelengkan kepalanya. Apalah nasib dia dijodohkan dengan teman sebiliknya yang kedua-duanya 'pekak'? "Hujung minggu ni-" "Oh. Aku tak free. Sorry. Qalish ajak date. Amna..." Matanya dikalih sebentar pada Amna lalu kembali berlabuh pada Syaurah. "Cuba tanya Amna nanti." ✿✿✿ "Maaf. Mama suruh balik. Sepupu aku nak kahwin," balas Amna usai sahaja Syaurah menyoal. "Aura!" Suara Shira di belakang, memekik teruja. "Double date nak? Kawan Qalish pun ada ni, dia kata dia minat kauuu! UISHHH!" "Tapi aku-" "Jangan risaulah. Kita berempat nanti, aku ada. Nanti kita berdua melekat je. Alahhh. Anggap jelah kau teman aku. Nak? Nak eh?" Entah kenapa ajakan Shira itu tak mampu lagi Syaurah tolak. Tambahan lagi, sinaran mata yang terpancar seolah dia betul-betul mahukan kehadiran sahabatnya di sana. Lambat-lambat satu senyuman dia ukir berserta anggukan perlahan. "YEAY!" ✿✿✿ "SHIRA! TOLONG AKU SHIRA!!!" Syaurah berteriak lantang namun suaranya seolah tidak lagi dapat didengari. SHIRA-" Dalam samar kelabu matanya, dapat dia tangkap senyuman menyeringai yang terselindung di sebalik hoodie itu. Suaranya tidak lagi terkeluar dari kerongkong, cengkaman kuat dari lelaki asing itu tidak lagi mampu dia halang.

AUTHOR'S NOTE

Continue Reading on Wattpad
Lafaz
by QieyyRaisyah
7
0
0
Wattpad