Ti Amo Mr Blind Maf...
By Author_Shifaa
7.5K
288
0
  • Romance
  • ceo
  • fightforlove
  • finctional
  • funny
  • love
  • lovely
  • lovestory
  • lovey-dovey
  • mafia
  • malay
  • malaywattpad
  • sweetcouple
  • tiamomrbindmafia
  • wattpad

Description

Sipnosis:Ti Amo Mr Blind Mafia "Bodoh!!!! Baik aku jual kau kat bapak ayam jer! Hidup suka menyusahkan orang!!" Dicaci dan dihina seolah tiada beza antara Felora Aleena dan anjing kurap! Anak yatim piatu.Tiada tempat bergantung dan hilang tempat bermanja. Felora Aleena seorang gadis bermata chestnut dan cantik orangnya.Personalitinya seorang yang nakal dan ceria tetapi tegas dalam beberapa perkara. Evan Aafas.Seorang CEO muda dan ketua mafia yang digeruni.Mempunyai aura gelap dan misteri membuatkan semua orang tertunduk kepadanya! Takdir menemukan mereka berdua apabila Evan Aafas hilang deria melihat.Sebagai seorang doktor pakar bedah mata dan ingin membalas 'budi' mafia tersebut,dia sanggup menjadi doktor peribadi kepada mafia itu! Saban hari,mereka menjadi semakin rapat.Namun,diri Felora Aleena yang sering dikejar oleh kerakusan nafsu manusia,Evan Aafas tampil sebagai Iron Man menyelamatkan dirinya walaupun cacat penglihatan. Untuk menjaga gadis comel itu,Evan mengambil keputusan untuk menikahi Felora. "Kau yakin boleh jaga anak buah aku dalam keadaan kau yang macam ni?" -Pak ngah "Saya yang selalu selamatkan maruah dia dari digadai.Lagipun,macam yang Felora kata tadi,ada ke lelaki yang nak amik dia buat isteri walaupun dah banyak kali disentuh dengan secara tidak sengaja?"-Evan Aafas Makin lama,makin mesra dua merpati ini. "You're so beautiful dear...." -Evan Aafas "You can't see me." -Felora Aleena "But I can feel you." -Evan Aafas Namun,sudah menjadi adat perkahwinan bahawa setiap pasangan akan diuji.Cerita demi cerita didengari.Rahsia demi rahsia terbongkar. "Sebab awak,ayah saya mati!!" -Felora Aleena "Sayang,jangan hukum abang macam ni.Please,dengar dulu apa yang abang nak cakap...." -Evan Aafas Kuatkah mereka untuk mengaharungi satu persatu ujian? Cukup kukuhkah cinta mereka? Dapatkah mereka mempertahankan masjid yang dibina di atas dasar ikhlas dan cinta? "Shhh....I will take care of you.You're mine,Fiore.Only mine!"

BAB 1:Felora Aleena

Continue Reading on Wattpad
Ti Amo Mr...
by Author_Shifaa
7.5K
288
0
Wattpad