Description
LEOLIVIA Olivia Amora seorang gadis yang unik kerana dia memiliki rambut yang berwarna jingga. Hal ini menyebabkan dia dan keluarganya dia disisihkan dari orang kampung. Lagipun keluarga mereka miskin. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, mereka tetap bersyukur dengan rezeki yang mereka ada. Genap umur gadis itu 18 tahun. Sesuatu yang pelik telah berlaku dalam hidupnya yang mengubah seluruh hidupnya. Tanggungjawab dia juga besar. Perkara pelik mula terjadi satu persatu yang membuatkan dia perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Di sebuah kerajaan pula, Prince Leo perlu mencari sesuatu untuk menyembuhkan penyakit datuknya. Akhirnya, dia terpaksa berangkat ke kerajaan Terra demi menyembuhkan datuknya. Pertama kali Prince Leo bertemu dengan Olivia Amora membuatkan mereka saling bergantung antara satu sama lain. Dapatkah Prince Leo mencari sesuatu untuk menyembuhkan penyakit datuknya? Kejadian pelik apa lagi yang perlu Olivia Amora perlu hadapi? Start: 8 May 2024 End: