Description
Author's note: Sekiranya ada kesalahan fakta, boleh maklumkan kepada pihak penulis. Trigger warning:Crime, violence, weapon, substance abuse Menurut konsep tangan ghaib oleh bapa ekonomi moden Adam Smith, tatkala ekonomi semakin labil, akan sentiasa ada kuasa alami yang menyeimbangkannya kembali. Keseimbangan baharu muncul yang bahkan bercanggah dengan keseimbangan lama. Bagaimana pula dengan tangan ghaib yang mengherot-benyotkan keseimbangan ini? Bukan sekadar konsep. Mereka berdiri di antara kabus tebal. Ada, tetapi ghaib. Wujud, tetapi buta di mata dunia. Rahsia organisasi Naga Putih dijaga dan dipelihara oleh pelindungnya. Namun, ada mata yang menemui mereka. Seorang wartawan wanita yang mempunyai keistimewaan, secara tidak sengaja telah menyingkap rahsia gelap itu. Di antara kabus tebal itu, Melisa terperangkap dalam kancah bergolak dua organisasi gelap. Siapa baik? Siapa jahat? Siapa kawan? Siapa lawan? "Gelaran anti-hero itu agak mulia untuk orang macam kami."