anti-hero.
By elyssra
348
64
3
  • Romance
  • ceritamelayu
  • cinta
  • dayini
  • dendam
  • fictional
  • hazer
  • karyamelayu
  • konflik
  • novel
  • novelmelayu
  • sayang

Description

DAYINI ARDINI. Berusia 20-an namun tingginya hanya menyamai budak berumur 12 tahun. Kecil-kecil cili padi ya! Seorang veterinar bertauliah. Kerjanya kalau boleh 24/7 hanya bersama haiwan saja. Sebab apa? Sebab bagi seketul Dayini, haiwan itu lebih memahami berbanding manusia. Lebih baik dan lebih elok perangainya. Kisah silam yang berjaya merobek hati membuatkan Dayini nekad tidak mahu beri peluang mana-mana lelaki menjadi hero dalam drama hidupnya Sehinggalah dia ditugaskan untuk menjaga kucing milik seorang CEO ternama, hidupnya jadi tunggang terbalik. Ada saja tak kena tatkala kucing itu berada dalam jagaannya. Susahnya macam nak jaga anak manusia! JULIEN HAZER. Lelaki kacukan Melayu-Inggeris. CEO Megah Holding- eh, tak bukan. Memiliki syarikat perisikan yang dibangunkan oleh keluarganya dan kini, menjadi pewaris ke-2. Ada masa dia boleh jadi green-flag. Ada masa sisi red-flag nya ditonjolkan. Ada masa perangai tak matang terkeluar dengan sendirinya. Lebih-lebih lagi dengan Dayini, doktor haiwan yang dijumpai di hadapan syarikatnya. Sangat menyayangi kucingnya yang bernama Dior. Bak kata Dayini, bini berbulu Hazer. " Letak lagi kucing nama jenama mahal. Hilang nanti padan muka! Saya ni doktor, bukan caretaker kucing awak. " - Dayini. " Kalau Dior hilang awak orang first saya cari, little one. " - Hazer Namun, disebabkan Dior lah mereka berdua ditakdirkan untuk bertemu. Sebabkan bini berbulu Hazer itulah Dayini berjumpa dengan lelaki yang bakal menjadi pelindungnya. " Sayang Dior je ke? Tuan Dior ni pun nak kasih sayang Doktor Dayini juga. " - Hazer

Anti-Hero

Continue Reading on Wattpad
anti-hero.
by elyssra
348
64
3
Wattpad