Description
Tidak pernah sekalipun Aisy Aqasha membayangkan dia akan terjatuh cinta dengan lelaki yang sedang menjadi kekasih hati sahabat baiknya sendiri, iaitu Widya. Walau bagaimanapun, perasaan itu dipendam rapi memandangkan lelaki yang dia suka pun amat membenci dirinya kerana satu sebab. Usai tamat persekolahan, Aisy Aqasha terpaksa berkahwin dengan pilihan ibu saudaranya. Walaupun hati tidak rela, dia akur dengan keputusan yang telah dibuat. Namun malangnya... perkahwinan yang terbina tidak kekal lama. Walau bagaimana jauh sekalipun kaki berlari. Mereka tetap duduk di bawah cakrawakala yang sama. Sungguh Aisy Aqasha tidak menyangka dia bakal dipertemukan kembali dengan lelaki yang tidak pernah dia lupakan, iaitu Zafriel. Malangnya... hubungan cinta antara Widya dan Zafriel masih berputik sehingga menyebabkan Aisy Aqasha berusaha untuk mengasingkan diri daripada mereka berdua. Namun apakan daya, ketika Aisy Aqasha mengetahui sesuatu yang menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan Zafriel. Mempersuamikan Zafriel seperti memberi bayangan derita yang pernah dia lalui ketika bersama Darwin. Hanya tubuhnya yang disayang. Bukan hatinya. Aisy Aqasha terasa begitu walang kerana tidak ada seorang lelaki pun yang benar-benar ikhlas mencintainya termasuklah Zafriel. Rumahtangga tetap diteruskan walaupun hatinya acap kali disakiti. Sehinggalah pada suatu hari, rahsia yang mereka simpan rapi terbongkar jua. Mampukah Zafriel dan Aisy Aqasha berhadapan dengan Widya? Adakah cinta tiga segi antara mereka bertiga akan berakhir tatkala salah seorang undur diri?