Love, In Action!
By nazblqs
454
42
9
  • Romance
  • actor
  • baker
  • bakeri
  • bakery
  • cinta
  • comedy
  • cute
  • love
  • nazblqs
  • pelakon
  • romance
  • romantic
  • romantik
  • romcom

Description

Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si teman lelaki yang psiko dan panas baran. Walaupun begitu, Fakha sukar menerima kenyataan dan tetap berkeras ingin menjalin cinta bersama Najla. Menggunakan Naaila, Fakha mengatur perjumpaan demi mendapatkan jantung hatinya semula. Namun, Naaila tetap Naaila. Sekali buat tahi, tiada maaf bagimu. Kata setuju yang diberikan untuk berjumpa dengan Fakha hanyalah kerana mahu memberi kesedaran kepada lelaki itu. Ada sesuatu yang telah Naaila rencanakan supaya dapat membalas segala perbuatan Fakha terhadap adiknya. Malang tidak berbau, pelan itu ranap dan tidak berpihak kepada Naaila. Fakha tidak muncul pada hari kejadian, dan rancangan Naaila sudahnya memakan diri. Lelaki berbaju hitam yang sepatutnya disimbah dengan air adalah Fakha. Bukan lelaki asing, atau lebih tepat lagi seorang pelakon yang sedang meningkat naik. Akibat kejadian tersebut, Hafiq Iqmal semakin menjadi tumpuan media. Kehadiran Naaila mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya sudah panas di antara dia dan Rania Khan. Oleh itu, Hafiq akan mencari Naaila sampai dapat. Walau apa jua keadaan, gadis itu perlu bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku. "Saya minta maaf." - NAAILA MAISSA "Aku tak jumpa kau untuk dengar permohonan maaf." - HAFIQ IQMAL Naaila bersama hatinya yang resah, Hafiq dengan caranya yang keras. Permulaan perkenalan mereka yang tidak dijangka itu menjadi titik pemula kepada sesuatu. Sesuatu yang bakal menggerakkan hubungan Naaila dan Hafiq ke arah sebuah senario menarik. Apakah rancangan mereka di kala itu untuk meredakan isu yang dilemparkan media?

Love, In Action!

Continue Reading on Wattpad
Love, In...
by nazblqs
454
42
9
Wattpad