Bunga Yang Terakhir...
By HajHaq
144
12
3
  • Action
  • familyproblems
  • lovestory
  • malay
  • wattpad

Description

Nirmala, atau lebih tepat Rose Nirmala seorang pelajar pindahan daripada Perak berpindah ke Kuala Lumpur kerana kematian dua orang tuanya dan terpaksa menjadi tulang belakang untuk adik-adiknya. "Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan aku untuk membantu keluargaku. Kerana tanpa pertolongan-Mu tiada hal yang mampuku selesaikan sendiri. Bantu aku, Ya Allah. Cekalkan iman agar setiap dugaan yang mendatang dapat aku tabah tanpa harus menyalahi takdir-Mu." -Rose Nirmala Namun, kejadian di sekolah barunya telah merubah hidup Rose dengan pesatnya. Kini Rose menjadi salah satu pelajar Star Alias bagi calon pelajar cemerlang untuk SPM tika itu. Akan tetapi, hidup rose menjadi penuh tanda tanya setelah hadirnya seorang jejaka muda bernama Harraz sebagai cikgu praktikalnya. "Please, be serious bila dalam kelas saya, Rose. Saya tak suka ada pelajar saya yang tidak memberikan perhatian semasa saya mengajar. All eyes on me." -Harraz Al-Haq Seolah-olah Harraz seperti membenci Rose, padahal dia hanya seorang pendidik. Namun kerana tingkah yang bagai acuh tak acuh dalam melayannya membuatkan Rose makin terpinga tentang anggapan Harraz kepada dia. Sebenci itukah Harraz kepada dirinya? Apakah salah dan silap yang telah dia lakukan sehingga lahirnya sifat benci di dalam diri seorang Harraz Al-Haq? Namun takdir Allah itu indah. Selang beberapa tahun Rose menamatkan pengajiannya, Allah mempertemukan dia kembali bersama Harraz. Tetapi kali ini dengan cara yang drastis kerana Rose diganggu oleh sekumpulan lelaki. Mujur secara kebetulan Harraz ada disana sebagai penyelamat. "Kau dari dulu memang tak reti jaga diri ke? Ke memang nak biar orang sentuh kau?"-Harraz Al-Haq Kata-kata Harraz yang tiada adab sopan santunnya membuatkan Rose jadi lagi tertanya-tanya. Siapakah diri Harraz sebenarnya? Apakah yang terlindung disebalik gelaran seorang ustaz itu? Adakah Harraz memendam sesuatu yang berada luar jangkaan? Mampukah Rose melembutkan hati Harraz dan mencari kebenarannya?

Introducing

Continue Reading on Wattpad
Bunga Yan...
by HajHaq
144
12
3
Wattpad