Description
Sephia Jane sudah lama menaruh hati terhadap jirannya yang pendiam, Amar Nusayr. Nekad mahu memenangi hati jejaka itu, dia sampaikan sanggup menyambung pelajaran dalam Environmental Science, bidang yang sama Amar Nusayr pernah ceburi. Usahanya tak sia-sia kerana Amar Nusayr akhirnya mengetahui kewujudannya. Dalam masa yang sama, adik kepada Nusayr, Amar Nael ternyata dalam diam sudah lama menaruh hati terhadap Sephia. Takut terlepas peluang, dia mula mengatur langkah untuk mendekati Sephia lebih dari sekadar kawan. Sayangnya... Sephia menolaknya mentah-mentah hanya kerana bagi gadis itu, Nael overrated; peminat keliling pinggang. Berbeza dengan Nusayr yang dengan dunianya sendiri. Siapa agaknya yang menjadi pilihan Sephia di akhir cerita; adik atau abang? Atau mungkin... dia lebih baik menyendiri?