Description
Haris Rizqie merupakan seorang duda terlajak hot.Dikenali sebagai Daddy Aaris.Haris pernah berkahwin,namun tidak lama.Dia pun bercerai.Sudah 15 tahun dia hidup sendiri. Haris pula telah di minta oleh mamanya untuk berkahwin kali kedua.Kerana mamanya Datin Lynda menginginkan cucu.Jika Haris tidak mencari calon selama 3 bulan,mamanya akan mencadangkan Datin Maria iaitu teman mamanya menjadi calon menantunya. Datin Maria seorang wanita kaya.Dia mempunyai banyak butik yang terkenal.Walaupun dia memiliki kekayaan,namun Datin Maria tidak pernah berkahwin.Sehingga dia digelar sebagai anak dara tua iaitu " andartu ". Saat dirinya terdesak mencari calon isterinya.Di suatu tempat Haris terlanggar seseorang yang tidak ia kenali.Dia yang sedang itu bingung memikirkan soal jodohnya itu terus memandang sosok yang dilanggarnya. " Pakcik lain kali nak lalu tu mata pandang jalan.Bukan pandang telefon.Harap mata je empat tapi buta. " ucap Najwa. " Minta maaf ye dik.Abang tak perasan. " Haris memandang wajah Najwa. " Abang?Eiiuww.Nak mengayat pun agak-agaklah pakcik.Dahlah rambut pun beruban.Ada hati nak mengayat aku." ucap Najwa lalu beredar dari situ. " Dia tak kenal ke aku siapa?Aku ni Haris Rizqie.Jumpa pula aku masa aku tengah selekeh memang lah nampak tua.Tak apa nanti aku colour rambut aku.Lepastu aku minyak rambut aku banyak-banyak baru kau tergoda. " Haris berasa tercabar dengan kata-kata yang dilemparkan gadis itu.Sejak dari pertemuan yang tak disangka dengan gadis itu,Haris telah jatuh cinta kepadanya. Adakah Haris Rizqie berjaya memikat gadis idamannya itu?
MHR (BAB 1 )