LELAKI DAMBAAN DIA
By syaiain25
386
34
19
  • Romance
  • bungainara
  • hauzarahsan
  • love
  • romance
  • sad
  • senjaammara

Description

~DUA JIWA SATUAN TAKDIR~ Dia, HAUZAR AHSAN Lelaki dambaan jiwa seketul SENJA AMMARA. Lelaki yang diinginkan SENJA untuk dirinya. Lelaki yang sempurna dari segala segi. Kaya dan berharta serta menjadi pujaan dan kegilaan para gadis. Lelaki yang mustahil untuk melihatnya walaupun sebelah mata. "Saya nak kenal Bunga lebih lagi sebelum saya jadikan isteri. Jadi saya nak minta izin uncle...". Punca utama SENJA mengalah. Perbualan yang tak sengaja didengari menjadi titik terkuat untuk dia mengalah. Benarlah kata orang, takat mencintai paling tinggi adalah melepaskan. Rasa yang hanya sekadar suka-suka ternyata sakit juga apabila perlu dihapuskan dek kerana sedar diri tidak mampu memiliki. "Senja?". "Tengku... Kenal saya?" "Iya, kenapa saya tak kenal awak pula". Tapi ikhlasnya diuji berat. HAUZAR tiba-tiba harus menjadi orang penting dalam hidup SENJA. Dan atas satu kejadian, mereka disatukan. Hati mana tak parah, lihat suaminya masih berharap ingin bersatu dengan cinta pandang pertamnya. Hati SENJA juga bukannya kuat mana. Dia pasrah. "Bunga, Senja nak minta tolong boleh?". "Tolong apa?" "Kahwin dengan Hauzar" Merayu bagaikan maruahnya tiada. Merayu untuk diduakan, merayu untuk dimadukan. Gila! SENJA memang benar-benar gila saat ini. "Senja!" "Senja dah gila sangat dah ni Hauzar!" Lihat HAUZAR bahagia, dia juga akan bahagia. Bukankah itu fungsi cinta? Saling merasai apa yang dirasakan orang yang dicinta. Dia cintakan HAUZAR, jadi dia juga akan bahagia bukan, kalau HAUZAR bahagia? "Masuklah meminang Bunga, mesti dia terima" "Jangan mengarut Senja Ammara" "Awak akan bahagia dengan dia" "Yakin? Habistu awak?" "Lepaskan saya boleh Hauzar?" Hatinya lelah juga. Jiwa manusianya perlukan rehat. Dia inginkan rumah, tapi rumah itu tidak inginkan dia. "Tahap tertinggi cinta?" "Melepaskan. Mengikhlaskan. Terima yang bahagia awak bukan saya" Dapatkah mereka bahagia?

PROLOG

Continue Reading on Wattpad
LELAKI DA...
by syaiain25
386
34
19
Wattpad