THE ABANDONED PRINC...
By NovelisNuriffa
247
15
2
  • Fantasy
  • fantasy
  • love
  • lovestory
  • novel
  • novelmelayu
  • prince
  • princess
  • romance
  • royal

Description

Walaupun dilahirkan sebagai seorang puteri raja, Andrea tidak pernah merasai layanan dan keistimewaan memegang gelaran 'puteri' itu. Semuanya bermula ketika bondanya Ratu Enis dihukum bunuh oleh Raja Azalan, ayahanda dia sendiri. Ini kerana Ratu Enis difitnah sebagai pengkhianat. Andrea dilahirkan di dalam penjara bawah tanah sebelum bondanya dijatuhi hukuman mati. "Kak Hanum, apa agaknya ada dekat atas tu?" - Andrea Selama 20 tahun dia hidup di dalam 'istana' bawah tanah bersama pembantunya bernama Hanum itu. Raja Azalan tidak membenarkan Andrea naik mencemar kehormatan istana Negara Estraria. Raja Azalan sudah berkahwin dengan wanita lain dan mempunyai seorang puteri. "Di atas itu bukan tempat kita, puteri. Di sana... dunia yang penuh kekejaman." - Hanum Namun, Andrea terlalu ingin tahu dengan kehidupan di atas. Dia tidak pernah melihat langit dan tumbuh-tumbuhan, apatah lagi menghirup udara segar yang tentu berbeza dari sini. Satu kejadian perang telah membuka ruang untuk Andrea keluar dari situ. Dia lihat istana Negara Estraria sudah bertukar pemimpin. "Aku mahu semua keturunan Raja Azalan dikurung di bawah tanah!" - Raja Nicholas Demi keselamatan dirinya, Hanum meminta Andrea berlakon sebagai dayang istana. Lagipun, semua orang di istana itu tidak pernah mengenali siapa Andrea. Tidak dia tahu, pertemuan pertama kali Andrea dan Nicholas telah membangkitkan satu rasa di hati Nicholas. "Aku mahu kau menjadi milikku. Siapa nama kau si cantik?" - Raja Nicholas "Aku tidak berminat untuk berkahwin dengan raja kejam seperti kau." - Andrea

1

Continue Reading on Wattpad
THE ABAND...
by NovelisNuriffa
247
15
2
Wattpad