Hutang
By Fauwaz
173
24
1
  • Mystery / Thriller
  • bahasamelayu
  • bm
  • cinta
  • fantasi
  • horror
  • indie
  • misteri
  • remaja
  • roh
  • romantik
  • teman

Description

"Tolong. Selamatkan aku. Aku belum mahu mati lagi," Razman mahu bersuara. Namun suaranya cuma berakhir di dalam fikiran sendiri. Tiada satupun perkataan keluar dari kerongkongnya. Orang ramai mengelilingi Razman yang sedang terbaring kaku. Nafasnya terasa sesak. Sesuatu yang berat seperti menghimpit dadanya. Mahu menggerakkan satu jarinya pun dia sudah tidak mampu. Pandangan kian kabur, menghampiri gelap. Di telinganya terdengar suara berbisik. "Dik, ikut abang cakap, Lailahaillallah." Razman cuba mengikut kata-kata itu, namun suara tidak keluar. Cuma fikirannya mengikut kata-kata itu. "Lailahaillallah." *** "Smart juga kasut ni," Sid bercakap sendirian. Dia mengangkat sebelah dari sepasang kasut Converse Jack Parcell warna hijau di atas kanvas plastik biru. Berpuluh pasang lagi kasut bersusun atas kanvas. Tapi tak ada yang menarik perhatiannya. Dia cuma tertarik dengan sepasang kasut hijau itu. Dia membelek kasut di tangannya. "Belilah, smart tu," Sid berpaling saat suara itu tiba-tiba menyapa di hujung telinganya. Tiada sesiapa yang berkata-kata dekat dengan dia. Ah, cuma fikirannya yang menyuruhnya membeli kasut itu. Dia letakkan kembali kasut tersebut ke tempat asal. Kemudian termenung sejenak melihat kasut itu. Smart. "Belilah." *** "Terima kasih tolong aku," suara temannya cuma terdengar berbisik dalam geseran angin yang berhenpus. Sid mengangguk perlahan, tidak pula membalas dengan apa-apa jawapan. Dia cuma tersenyum sedikit. Perlahan temannya melangkah semakin menjauh. Semakin kabur. Hingga bersatu dengan latar pemandangan di depannya. Pokok. Bangku. Pagar. Sungai. Tiada lagi sesiapa.

Prolog - Selesai

Continue Reading on Wattpad
Hutang
by Fauwaz
173
24
1
Wattpad