Why You Hate Me?
By ArinahSara3
477
41
9
  • Teen Fiction
  • dibenci
  • dibuli
  • didera
  • dimarahi
  • diseksa
  • doyoung
  • im
  • monstax
  • sekolah

Description

Changkyun, seorang remaja berwajah tenang dan penuh senyuman, menjadi lambang pelajar ideal di mata masyarakat: cemerlang dalam pelajaran, aktif dalam kokurikulum, dan disenangi ramai. Namun, tiada siapa tahu - di balik senyuman yang dilemparkan setiap hari, tersembunyi luka dalam yang berdarah tanpa henti. Dilahirkan dalam keluarga berada dan berpengaruh, Changkyun bukan anak emas seperti yang orang sangka. Lima orang abangnya - menyalahkannya atas kematian ibu bapa mereka. Hanya dua orang yang berdiri melindunginya: Jooheon, abang keenam dan Eomma Aika sebagai ibu angkat, mereka menjadi cahaya dalam dunia kelam Changkyun. Di sekolah, Changkyun kelihatan sempurna. Namun dendam dan cemburu tidak memilih tempat. Haruto, anak pengetua yang berpengaruh dan penuh iri, mula menyusun helah bersama Wonyoung - pelajar baru yang bersifat manipulatif dan 'pick me.' Mereka merancang kejatuhan Changkyun, bukan dari segi reputasi, malah fizikal dan mental. Tanpa Doyoung, Changkyun mula jatuh. Fitnah tersebar. Rakaman palsu dicipta. Nama baiknya hancur. Di rumah pula, dia terus menjadi mangsa dera fizikal dan emosi abangnya sendiri. Hinggalah satu malam, dia tak mampu lagi berdiri...... "Hyung minta maaf....hyung lambat nampak semua ni. Tapi tolong.....jangan pergi. Hyung janji, hyung akan lawan untuk kau. Walaupun hyung kena lawan abang-abang sendiri." - Jooheon "IM.....jangan lupa IM masih ada Eomma, kan? Walaupun semua orang buang IM, Eomma takkan sesekali biarkan anak kesayangan Eomma terluka...." - Eomma Aika "Korang tak layak panggil diri korang abang! Korang tengok mata dia....tengok parut kat badan dia! Itu semua 'hasil' tangan korang!!" - Doyoung Saat Changkyun jatuh pengsan kerana tekanan melampau, semua terbongkar. Tapi bukan semua sedia mengaku salah. Ego, dendam dan keangkuhan mengaburi kebenaran. Apakah masih ada harapan untuk Changkyun? Atau semuanya sudah terlalu terlambat?

1| Dibenci

Continue Reading on Wattpad
Why You H...
by ArinahSara3
477
41
9
Wattpad