Description
Mengisahkan seorang lelaki bernama Muhammad Farish Hakimi, atau dikenali ramai sebagai Hakim. Dia dibesarkan oleh keluarga angkatnya. Waktu dia berumur 24 tahun, dia berhijrah ke UK untuk sambung pelajaran dan mahu meninggalkan semua kenangan pahit yang dilaluinya. Farish baru berusia 5 tahun apabila bapanya meninggalkan rumah. Ibunya, Saleha, terpaksa ke bandar untuk mencari kerja bagi menampung kehidupan mereka yang serba kekurangan. Saleha meminta tolong dengan jirannya, Kamsiah, untuk menjaga Farish di hari-hari yang dia harus bekerja. "Farish nak mama." Kata-kata itu sahaja dia mampu bertutur apabila ibunya mula jarang pulang rumah. Dari sehari dua, bertukar seminggu dan berbulan hinggalah satu hari, dia langsung tidak pulang ke rumah. Hanya sekeping surat dikirimkan kepada Kamsiah. "Aku dah ada kehidupan sendiri kat sini, Kamsiah. Aku tak boleh ambil Farish atau jaga dia lagi. Tolong aku jaga dia. Aku berhutang budi dengan kau. Sekian, Saleha." Hanya raungan memanggil mama didengar setiap hari menjelang petang. Farish menunggu kepulangan ibunya setiap hari tetapi tiada bayangannya. "Mama tak sayang Farish lagi. Farish benci mama. Farish benci papa." ==========