THB [Treat Her Bett...
By MissBlushing_
261.1K
8.7K
99
  • Romance
  • boss
  • brotherhood
  • couple
  • cute
  • dhia
  • fight
  • funny
  • husband
  • love
  • marriage
  • romantic
  • sad
  • wife
  • zayyan

Description

Kereta di parkir di bawah porch. Enjin dimatikan. Orang yang berada di sebelah dikerling. Boleh tidur pula dia ni, ujar Zayyan Mateen dalam hati. Zayyan Mateen memusingkan sedikit tubuh agar menghadap wajah isterinya. Dengkuran halus yang kendengaran itu membuatkan bibirnya tersenyum. "What should I do with you Humaira?"Pipi mulus itu diusap. Dia tak pernah ada kekasih apatah lagi bercinta. Selama hidupnya, dia hanya kisahkan pada diri sendiri. Tak pernah fikir tentang hidup berpasangan. Tetapi, dalam sekelip mata. Statusnya kini sudah berubah sejak bertemu dengan wanita ini. "Bolehkah perkahwinan kita ini berjaya?" Sebenarnya dia takut juga saat membuat keputusan untuk berkahwin. Dia takut tak mampu untuk jalani tanggungjawab dengan baik. Paling dia takut andai orang yang dia sayang berada dalam bahaya. Dia sedar akan risiko pekerjaannya itu. Sayang? Benarkan sudah hadir rasa sayang dalam diri untuk isterinya ini? Atau hanya kerana simpati? Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Dia tak pernah rasa apa itu kemanisan bercinta. Dia tak pernah belajar dan tak pernah diajar. Tangan dijatuhkan dari terus mengusap pipi itu. Dia melepaskan keluhan lalu membuka pintu kereta. Dia berjalan ke arah pintu penumpang dan dengan perlahan-lahan tubuh wanita itu dicempung. Pintu kereta ditolak dengan kaki. ...... Nak tahu kelanjutan kisah mereka, jangan segan-segan untuk singgah ke sini... Selamat Membaca "Treat Her Better"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Continue Reading on Wattpad
THB [Trea...
by MissBlushing_
261.1K
8.7K
99
Wattpad