Description
Aryana bukan sengaja nak jadi queen control. Salahkah dia sebagai isteri berhati-hati dalam menjaga suami? Walaupun Ilham sudah nak masuk 'four series', saham lelaki itu masih lagi tinggi di mata gadis-gadis. Ah, queen control pun queen control la! Asalkan Ilham tetap jadi hak mutlak dia seorang sampai bila-bila! Ilham pula, bukan takut isteri. Tetapi dia menerima sikap Aryana yang terlalu mengawal kehidupannya itu dengan positif. Aryana jadi queen control pun sebab sayangkan dia. Anggap sajalah bebelan Aryana itu umpama irama merdu yang boleh menjadi halwa telinga. Dia terima dengan ikhlas segala kekurangan Aryana. Hidup suami isteri nikan saling melengkapi. Walaupun asyik yes, ma'am! Ilham tetap bahagia. Sangat bahagia! Kerana sebaris ayat yang dilafazkan oleh Ilham, seluruh kehidupan mereka telah berubah! Demi anak-anak, Aryana dan Ilham terpaksa berbaik-baik walaupun mereka bukan lagi suami isteri yang sah. Saat Ilham berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali bersama Aryana. Aryana pula sibuk mengejar lelaki muda. Ah, sudah! Bagaimana akhirnya kisah 'Cinta Agung' Aryana dan Ilham? Apa kena-mengena Suri dan Qistina Zara dalam ini cerita?