Kerana Sihir
By dyladyanna91
6.3K
201
26
  • Spiritual
  • spiritual

Description

Angin bertiup bagaikan menyampaikan sesuatu yang tidak dapat dibaca. Aku hanya membiarkan saja angin malam membelai tubuhku. Perlahan - lahan aku mendongak ke dada langit. Kelihatan terang menderang cahaya rambulan dan. Si bintang pula setia menemani sang bulan. Tiba - tiba terasa kerdil pula diri ini. Indahnya ciptaan Tuhan. Kalaulah hidup ku seindah itu juga alangkah bahgianya. Tiba - tiba dahan pokok rambutan di halaman rumah bergoyang - goyang. Seolah - olah seperti ada benda berat yang bergayut di dahan tersebut. Daripada duduk di gigi tangga aku terus meloncat berlari naik ke beranda rumah. Aku ini bukannya berani sangat pun. Mata dikecilkan lagi untuk memastikan apakah 'benda' yang bergayut di dahan itu. Perasaan jangan dicerita. 'Hishh engkau inikan, dah tahu takut tu masuk jelah dalam rumah tu! Hish!' 'Tapi ... ' Tapi apa lagi? Sekali jembalang bertaring beso bapoknya baru ko tau!' "Alaaaa ... Bising pula engkau ini." Delina cuba berperang dengan hatinya sediri. Di sebalik salah satu dahan pokok rambutan, duduknya seorang wanita yang rambutnya kusut - musai. Panjang rambutnya sampai ke aras kakinya yang sengaja dihayunkan seperti kanak - kanak sedang bermain buaian. Mukanya berlubang - lubang dan warna kulit seperti mayat sudah lama ditinggalkan. Perempuan rambut panjang itu menunduk seperti merenung tajam hujung kakinya yang dihayun - hayunkan.

Bab 1

Continue Reading on Wattpad
Kerana Si...
by dyladyanna91
6.3K
201
26
Wattpad