Description
Tahun 2015, satu tragedi berdarah telah dicatatkan di SMK Kinara. Empat orang pelajar lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Semuanya kerana kesilapan mereka mengikut telunjuk iblis... Kini, kehidupan Firdaus dan rakan-rakannya berubah 360 darjah selepas mereka menemui sebuah kitab usang di perpustakaan. Gangguan demi gangguan mula menghantui mereka dan disaat beberapa rahsia gelap sekolah mereka terungkap, nyawa mereka menjadi buruan. Kehilangan Nadiya merumitkan lagi keadaan. Keprofesionalan Inspektor Azwan tercabar buat sekian kalinya. Ustaz Zahir cuba membantu. Apakah sebenarnya yang menganggu mereka? Adakah apa yang berlaku kepada mereka berkait dengan kejadian pada tahun 2015? Mampukah mereka bertahan daripada menjadi mangsa iblis seterusnya? Atau mungkinkah kisah mereka akan menjadi urban legend yang seterusnya?