Paradox (SU)
By asyalabi
589
68
12
  • General Fiction
  • agama
  • banduanwanita
  • bekasbanduan
  • benci
  • kasihsayang
  • keluarga
  • mentalhealth
  • pembunuh
  • penjara
  • wattpadmelayu

Description

Huwainaa Safiya Binti Maliki 10 tahun dia hidup di balik dinding tinggi dan jeriji besi kerana satu kesalahan, iaitu membunuh. Huwainaa tidak pernah menyesal, malah dia menerima hukuman yang ditetapkannya dengan lapang dada. Baginya, itu satu-satunya perkara yang harus dilakukan ketika itu. Selesai sahaja tempoh hukumannya, Huwainaa kembali ke dunia luar yang hanya ada kata-kata tohmahan dan cacian. Baginya, biarlah mereka berkata-kata. Tiada siapa yang tahu atau ingin tahu perkara yang sebenar. Selain daripada rakan-rakannya dalam penjara, dia tiada sesiapa lagi. Semuanya telah membuangnya saat dia dijatuhkan hukuman. Dia hanya ingin meneruskan kehidupan seperti biasa. Namun, apa lah kehidupan tanpa ujian. Tuan Nurhan Qaayed Bin Tuan Qasim CEO Mega Holding? Betullah, dia CEO, tapi bukan Mega Holding. Sejak dia berumur 18 tahun, Nurhan sudah pun berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Genius? Gelaran yang selalu diperkatakan kepadanya dan dia sudah pun lali mendengar. Sepanjang 30 tahun hidupnya, Nurhan tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan. Yang pasti, tanpa dia sedar. Disebabkan itu, apabila gadis itu muncul di syarikatnya untuk menjadi pekerja, dia sanggup memanggil gadis itu ke pejabatnya. Mengapa? Dia tidak inginkan seorang pembunuh mencemarkan syarikatnya. Hinaan dan mengeji. Itu yang dia lemparkan pada gadis itu. Namun, Nurhan lupa. Dunia yang dia anggap bersih dari segala kotoran itu, rupanya ada yang berdaki dan membusuk. Siapa sangka, kebenaran di sebalik semuanya disorokkan oleh segelintir manusia yang malu untuk mengaku kesalahan mereka dan akhirnya, gadis itu yang terpaksa menanggung derita. Disclaimer ⚠️: Kisah ini mengandungi kata-kata kesat, perlakuan jenayah dan darah. Disclaimer ⚠️: Kisah ini tidak ada kena-mengena dengan hidup mahupun yang mati dan mana-mana badan organisasi kerajaan mahupun awam. Segala rujukan hanyalah berdasarkan maklumat yang telah disediakan. Start: 8/10/2022 End: Status: Ongoing

Pengenalan

Continue Reading on Wattpad
Paradox (...
by asyalabi
589
68
12
Wattpad