Alfred & Amirah
By cikwawabahar07
540
14
2
  • Romance
  • alfred
  • amirah
  • bahasamelayu
  • cinta
  • lovestory
  • melayu
  • romance
  • romantik
  • sad
  • sedih
  • sweet

Description

Nama aku Amirah. Tiada yang menarik tentang aku. Aku hanya seorang insan biasa dengan keluarga yang... Tidak sepenuhnya berantakan. Bahagia? Aku pernah bahagia bahkan alam percintaan aku seolah-olah aku bermimpi. Manis bak madu dan pahit bak hempedu. Alfred Uwais. Dia memang ada cela dan kurangnya. Walau sekeras apapun usahanya, dia tetap manusia yang mustahil tak bercela. Tapi dimata aku, dia sempurna. Dia tak akan biarkan aku sedih. Baik kerananya atau kerana yang lain. Bagi aku, itu sudah cukup. Lindungi aku? Itu tanggungjawab dia katanya. Aku bahagia disamping dia. Rasa selamat dan bahagia yang sukar untuk aku perjelaskan dengan kata-kata. "I just want you to be safe." Ayat itu yang dia ucap pada aku. indah di pendengaran namun andai saja masa boleh diputar kembali, aku tak akan biarkan dia tuturkan ayat itu. Bahkan hanya terlafaz di dalam hatinya pun aku tak relakan. Kenapa? Kerana usai ayat itu terlafaz dibibirnya, aku kehilangan dia. Bukan untuk sesaat dua, sehari dua, setahun dua, tapi buat selama-lamanya. Dia hilang. Sebagaimana dia yang tiba-tiba muncul mengisi celah-celah hati aku yang kosong, dia juga tiba-tiba hilang membiarkan ruangan hati aku kembali berongga sepi. Kalau dulu, aku paling mudah terlena. Mimpi adalah alam yang acap kali aku nantikan kehadirannya. Namun, keadaan jelas berbeza kini. Mimpi? Aku benci mimpi. Aku jadi benci dan takut untuk terlena kerana dia selalu muncul dalam mimpi aku sambil mengungkap ayat puaka itu. Hati aku jadi sakit. Aku nekad untuk mencarinya. Aku tahu dia masih ada cuma kehadirannya belum cukup zahir untuk aku temukan dengan mata aku. Aku ingin terus berusaha, biar untuk seribu tahun lagi, mahu tetap mencarinya sehingga Tuhan izinkan kami bertemu lagi. Doa untuknya tak pernah putus aku panahkan ke langit. Moga-moga ada yang berjaya menembusi kepulan awanan putih dan dikabulkan yang Maha Tahu. Namun, saat aku kembali menatap sepasang mata miliknya. Dia...

BAB 1

Continue Reading on Wattpad
Alfred &a...
by cikwawabahar07
540
14
2
Wattpad